Powered by Nuffnang

Tuesday, September 12, 2017

Percutian ke Kuching - Part 3

Assalamualaikum...

Okay. Aku nak sambung cerita jenjalan tuk part 3 lak. Part 1 & part 2 entry yang lepas dah cover cite tuk day 1 and day 2. Entry nie aku cite tuk hari ke-3 kitorang berjalan di Kuching. Opss lupa sebelum kitorang balik hotel malam second day tu kitorang pergi bandar Kuching yang berdekatan dengan Waterfront untuk membeli cenderahati untuk kawan-kawan dan sedara. Kat situ ada macam-macam cenderahati daripada beg, t-shirt, sampai la fridge magnet dan key chain. Aku just beli fridge magnet untuk dak umah ngan member-member pastu belikan t-shirt tuk aku dan abe, dan keychain kucing kepala besar tuk buah hati ngan ina roomate aku. Untuk che, akak-akak adik-adik aku beli kain batik je kat Pasar Serikin ahad tu.

Hari ketiga or hari last kat Kuching tu kitorang kuar awal. Tapi takde la awal sangat pon. Orang dah masuk office dah pon. Hihi. Tempat 1st kitorang pegi aritu ialah dekat tugu Kuching. Kalau ikutkan memang dari malam jejak kaki ke Kuching memang terus nak bergambar kat situ. Tapi dah malam kan.Acano nak posing nya kalo dah gelap. Muka pon selebet je penat. Hihi. So,last day baru dapat bergambar dengan kucing-kucing kat Kuching nie.















 
 Gemokkan aku...haha. Bolat gotam!! Padahal masa nie aku bukan sihat sangat pon. Kena gastrik teruk gak sebelum berjalan ke Sarawak nie. Bawak ubat siap-siap beli kat KLIA2. Takut sakit perut muntah-muntah nanti menyusahkan orang lain lak 

Habis bergambar di tugu kucing nie kitorang gerak lak ke Taman Orkid Kuching. Nak ke sana korang guna GPS jela area mana pon aku dah lupa. Kalo tak silap area Pejabat Kerajaan Sarawak jugak la.


Bangunan Parlimen rasanya. Kitorang tak pegi sana pon. Ambik gambar dari car park taman orkid je.
Jom layan gambar kat dalam taman orkid. Memang bergambar jela dengan bunga-bunga orkid. Cantik-cantik sume!!

Aku kalo bergambar reti tunjuk je. takde gaya lain dah.hihi
 

Yang nie lak peace bercantum  


Cantik kan warna kuning
 

Tayang muka sikit 😆

 



Karate-tido




Kalo letak kat hantaran cantik giler nie


Cam bunga plastikkan...cantik sesangat











Banyak gambar kat taman orkid nie.hihi. Cecantik orkid kat sini macam-macam spesis hado. Nak tau nama spesis orkid-orkid nie korang kena datang sini sendiri la. Aku sempat ambik gambar je baru nak study pasal spesis orkid kena gigit nyamuk lak. Aku majuk ah camtu.  

Habis round taman orkid, dah bergambar sume kitorang gerak pergi ke Muzium Kucing lak. Dah nama nya bandar Kuching kan. Berdekatan je dengan taman orkid, tu sekali harung terus jalan tempat yang menarik kat situ.






Kubur kucing 😧






Lagi seronok gi cafe kucing kot dari datang muzium kucing nie. Bosan wehh... Patung kucing je ada pon. Sekor kucing hidup pon takde nampak bayang. Bulu kucing pon tarak. Dah kena tanam kot. Sebab selain patung dan gambar kucing ada jupa cenonet replica kubur kucing seperti gambar di atas. Haha. Masuk dalam tu ambik gambar jela cam biasa.

Keluar muzium kucing kitorang pegi beli kek lapis dan ikan terubuk masin lak. Banyak jgk la borong kek ngan terubuk. Bagi-bagi kat opis ngan sape-sape yang berapatan lah. Hihi

After that kitorang pegi lunch dekat tempat yang sepupu aku bawak aku makan ahad haritu. Nama tempat tu memang lupa dah. Kat situ seafood murah-murah dan sedap jugak. kaut je banyak mana harga still lg affordable la bagi aku. ketam sume ada. Dihidang ala buffet cam kite makan nasi campur biasa tu jugak.   
  


Pemandangan laut berhadapan kedai makan tempat kitorang lunch tu. Angin sepoi-sepoi bahasa bak hang.

Habis makan kitorang terus gerak ke airport. Flight petang dalam kul6 kot masa tu. Lupa dah. Lama dah. Sebab sampai KLIA pon dah malam dah pon. Bape banyak dah daa... Hahaha.

 Okay la. Setakat nie saja entry aku g jenjalan Sarawak. Sebenarnya banyak lagi tempat boleh pegi jalan tapi kitorang pegi 3 hari je. Tak sempat nak jelajah habis. So, ada alasan tuk kitorang gi lagi lain kali. Hekhek.

Adios!!! 

Tuesday, August 29, 2017

Percutian ke Kuching - Part 2

Assalamualaikum...

Selepas melawat orang utan (ada kat previous entry), kitorang bergerak ke Bornoe Highlands pulak kawasan tanah tinggi di Sarawak. Nun tinggi di atas gunung. Eh ke bukit. Not sure la. Hihi 😅😅 Yang pasti tinggi la tempat tu. Setengah jam dari Semenggoh Wildlife Centre. Teruja kot tengok gunung ganang tinggi. Lepas drive setengah jam kita ada kat atas tempat yang kita tengok tadi. Hutan-hutan je pon. Bukan nampak betul-betul puncak Borneo Highlands tu 😆

Masuk pintu gerbang kat bawah kena bayar tiket dulu per car. Aku lupa pulak berapa bayaran kat bawah tu. Dalam RM10 rasanya.

 Cantik kan? naik-naik je nampak bunga-bunga kecik kat atas rumput kat tempat parking

 Nie kira level pertama la. Kat sini ada 3 level yang boleh kita visit. 1st level tempat parking dan taman-taman bunga. Kat sini dah cantik, sejuk, banyak bunga-bunga. Memang fresh la. Level ke-2 Resort Borneo Highlands kalo rasa datang Sarawak nak stay kat tempat sejuk boleh la book hotel kat resort nie. Tapi jauh la nak pegi jalan kat tempat lain. Tinggi dan pedalaman. Kalo 1 malam boleh la kot stay situ. Lama-lama mati kutu gak kot. Haha. 

Level ke-3 nie yang teruja sikit nak pegi. Sebab kat puncak gunung sana la terletaknya Kalimantan View. Sempadan Malaysia-Indonesia. Level 2nd and 3rd tak boleh naik dengan kereta. Kena naik diorang punye trem. Sorang kena bayar RM10. Tak ramai orang pon kat atas nie. Sunyi je. Hanya kitorang dan ada lagi 1 family group. Sambil-sambil tunggu trem sampai kita begambar dulu jom, ape lagi kan. Hihi



  

 Ada sungai kecik jugak 

 Terlebih cahaya...HAha


Terkelepek tudung. Laju kot orang tu bawak siap kona leper lagi😨 

 Sepanjang jalan naik atas tu nampak la bunga cantik-cantik berwarna-warni. Pakcik trem singgah kat resort dulu kat situ turun takde watpe pon. Tumpang toilet je. Haha. Air kat atas memang sejuk la. Macam kat Cameron Highlands jugak.

 Cakk!! sampai dah pon kat puncak Borneo Highland - Kalimantan View Point


Acah-acah kaki dah masuk ke Indonesia. HAha


Bukit-bukau hutan belantara Kalimantan, Indonesia


Pagar kayu camni je sempandan Malaysia - Indonesia kat atas nie. Terjun je dari sini terus sampai Indon. Takyah pakai passport. Tapi ade ke yang sanggup. Sampai Indonesia kena makan ngan rimau terus 😂 

 
 Yang nie terlebih cahaya jadi gelap gulita pulak muka aku. Hahaha



 Walaupon cuara terang camni. Tapi angin sepoi-sepoi bahasa sejuk je menampar pipi





 Muka sampai herot camtu. Nampak sangat tak reti guna monopod 😂




Selfie saje. Kalo kat Facebook memang aku tak upload dah. Sini takpe. No readers anyway. Hihi


Jeng-jeng. Tiba-tiba ada banglo kat atas nie. Adakah Villa Nabila versi Borneo?? Hihi. Saje je nak acah-acah cite seram sikit. Kitorang lalu je pon.

 

 Ada banglo lagi 1?? 😨




Nie la taman-taman yang boleh disinggah sebelum sampai puncak ataupon sebelum turun bawah. Boleh request nak berhenti bila. Tapi kena bayar lebih la kat pakcik trem tu. Sebab RM10 untuk naik ke Kalimantan view je. Kitorang tak turun pon. Ambik gambar dari trem je.
 


 Sebelum turun ambik gambar lagi kat level 1. Cantik kat sini. Lapang je.


Ni la jalan bengkang-bengkok nya...ni baru sikit je uolls. nak sampai atas semput gak Viva nie. Turun ok sikit la. Tapi aku tak berani jugak nak drive. Sampai bawah baru tukar driver.

Turun dari Borneo Highlands kitorang teruskan perjalanan ke Annah Rais Hot Spring pulak. Kat sini takde pe sangat. Boleh mandi manda jela. Kitorang celup-celup kaki je. Tak bawak baju lebih pon. Air tak dalam sangat. Paling dalam pon paras lutut je. Kolam air panas pon kecik je. Aku julur kaki sikit je nak rasa air panas tahap lecur ke tak. Haha. Takde nak redam kaki pon sebab cam geli sikit. Air bertakung kan. 
 



 Kak Umi duduk di pinggir kolam air panas la tu. Gambar kolam tak ambik pon sebab masa pergi tu tak rasa nak abadikan kat blog pon. Hihi


  
Nampak tak ada ikan tecik-tecik tu? ikan nie la kot yang orang letak kat spa ikan tu kn...

Dah puas main air kitorang pon balik Kuching. Sebenarnya ada lagi tempat yang boleh lawat macam Annah Rais Longhouse. Kitorang tak pergi sebab kakak berdua tu dah jenjalan dekat rumah tradisional katne ntah masa aku gi Pasar Serikin ahad tu. Aku pon tak kisah sangat tak pegi sana sebab aku dah puas hati dapat tengok beauty nature scene kat Siburan ni. Lagipon kitorang lapar kot. Bawak roti je. Mana cukup nak sampai ke petang.  

Sampai Kuching baru kitorang dapat makan nasi. Sebenarnya makan nasi pon lalu tak lalu je. Perut masuk angin kot. Dah abis makan sume kitorang gi cari kek lapis ngan terubuk masin lak. Tapi tak beli terus pon. Esoknya baru nak beli. Beli awal takut tak fresh lak nak bawak balik KL.

 Lepas round-round survey tempat kek lapis ikan terubuk tu dalam pukul 6 camtu kitorang makan malam terus kat restoran sebelah hotel pastu tak kuar-kuar dah. Hihi. Kat Kuching tak banyak tempat sangat yang kite leh jalan malam-malam. Sunyi gak la. Lagipon kitorang sume gegirl kan. Yang meriah sampai pagi pub-pub tu adalah. Sebelah hotel je nasib baik kat bilik takde dengar bising ke ape. Duk hotel layan TV, tido. 

 Abis cite 2nd day kite sambung next entry lak eh. Bye!!