Powered by Nuffnang

Tuesday, September 12, 2017

Percutian ke Kuching - Part 3

Assalamualaikum...

Okay. Aku nak sambung cerita jenjalan tuk part 3 lak. Part 1 & part 2 entry yang lepas dah cover cite tuk day 1 and day 2. Entry nie aku cite tuk hari ke-3 kitorang berjalan di Kuching. Opss lupa sebelum kitorang balik hotel malam second day tu kitorang pergi bandar Kuching yang berdekatan dengan Waterfront untuk membeli cenderahati untuk kawan-kawan dan sedara. Kat situ ada macam-macam cenderahati daripada beg, t-shirt, sampai la fridge magnet dan key chain. Aku just beli fridge magnet untuk dak umah ngan member-member pastu belikan t-shirt tuk aku dan abe, dan keychain kucing kepala besar tuk buah hati ngan ina roomate aku. Untuk che, akak-akak adik-adik aku beli kain batik je kat Pasar Serikin ahad tu.

Hari ketiga or hari last kat Kuching tu kitorang kuar awal. Tapi takde la awal sangat pon. Orang dah masuk office dah pon. Hihi. Tempat 1st kitorang pegi aritu ialah dekat tugu Kuching. Kalau ikutkan memang dari malam jejak kaki ke Kuching memang terus nak bergambar kat situ. Tapi dah malam kan.Acano nak posing nya kalo dah gelap. Muka pon selebet je penat. Hihi. So,last day baru dapat bergambar dengan kucing-kucing kat Kuching nie.















 
 Gemokkan aku...haha. Bolat gotam!! Padahal masa nie aku bukan sihat sangat pon. Kena gastrik teruk gak sebelum berjalan ke Sarawak nie. Bawak ubat siap-siap beli kat KLIA2. Takut sakit perut muntah-muntah nanti menyusahkan orang lain lak 

Habis bergambar di tugu kucing nie kitorang gerak lak ke Taman Orkid Kuching. Nak ke sana korang guna GPS jela area mana pon aku dah lupa. Kalo tak silap area Pejabat Kerajaan Sarawak jugak la.


Bangunan Parlimen rasanya. Kitorang tak pegi sana pon. Ambik gambar dari car park taman orkid je.
Jom layan gambar kat dalam taman orkid. Memang bergambar jela dengan bunga-bunga orkid. Cantik-cantik sume!!

Aku kalo bergambar reti tunjuk je. takde gaya lain dah.hihi
 

Yang nie lak peace bercantum  


Cantik kan warna kuning
 

Tayang muka sikit 😆

 



Karate-tido




Kalo letak kat hantaran cantik giler nie


Cam bunga plastikkan...cantik sesangat











Banyak gambar kat taman orkid nie.hihi. Cecantik orkid kat sini macam-macam spesis hado. Nak tau nama spesis orkid-orkid nie korang kena datang sini sendiri la. Aku sempat ambik gambar je baru nak study pasal spesis orkid kena gigit nyamuk lak. Aku majuk ah camtu.  

Habis round taman orkid, dah bergambar sume kitorang gerak pergi ke Muzium Kucing lak. Dah nama nya bandar Kuching kan. Berdekatan je dengan taman orkid, tu sekali harung terus jalan tempat yang menarik kat situ.






Kubur kucing 😧






Lagi seronok gi cafe kucing kot dari datang muzium kucing nie. Bosan wehh... Patung kucing je ada pon. Sekor kucing hidup pon takde nampak bayang. Bulu kucing pon tarak. Dah kena tanam kot. Sebab selain patung dan gambar kucing ada jupa cenonet replica kubur kucing seperti gambar di atas. Haha. Masuk dalam tu ambik gambar jela cam biasa.

Keluar muzium kucing kitorang pegi beli kek lapis dan ikan terubuk masin lak. Banyak jgk la borong kek ngan terubuk. Bagi-bagi kat opis ngan sape-sape yang berapatan lah. Hihi

After that kitorang pegi lunch dekat tempat yang sepupu aku bawak aku makan ahad haritu. Nama tempat tu memang lupa dah. Kat situ seafood murah-murah dan sedap jugak. kaut je banyak mana harga still lg affordable la bagi aku. ketam sume ada. Dihidang ala buffet cam kite makan nasi campur biasa tu jugak.   
  


Pemandangan laut berhadapan kedai makan tempat kitorang lunch tu. Angin sepoi-sepoi bahasa bak hang.

Habis makan kitorang terus gerak ke airport. Flight petang dalam kul6 kot masa tu. Lupa dah. Lama dah. Sebab sampai KLIA pon dah malam dah pon. Bape banyak dah daa... Hahaha.

 Okay la. Setakat nie saja entry aku g jenjalan Sarawak. Sebenarnya banyak lagi tempat boleh pegi jalan tapi kitorang pegi 3 hari je. Tak sempat nak jelajah habis. So, ada alasan tuk kitorang gi lagi lain kali. Hekhek.

Adios!!! 

No comments:

Post a Comment