Powered by Nuffnang

Wednesday, August 16, 2017

Percutian ke Kuching - Part 1

Assalamualaikum...

Sebenarnya kisah pergi jalan ke Kuching ni tahun lepas lagi 2016. Baru nak cerita-cerita kat sini sebab before this gambar ada kat handphone tak rajin nak tranfer ke pc. Hari tu bulan lepas aku share gambar kat google drive then download masuk pc untuk print 4R online. So, ada la gambar dalam pc nie.

Alang-alang aku tak busy ni boleh la aku tulis-tulis cerita ke Kuching tempoh hari kat sini. Trip jenjalan geng bujang rumah sewa. Hihi. Padahal gi bertiga je pon. Muahaha. Kak Umi kakak ketua rumah sewa yang plan nak gi jalan Kuching. Aku apa lagi. Terus on jela. Aku kan kaki jalan gak.Hihi. Ada pulus memang on jela.

Kita orang pergi Kuching 3 hari 3 malam. Departed from KLIA2 petang sabtu sampai Kuching dah malam. Opss...lupa dah flight pukul berapa. Lama dah kan tahun lepas punya cerita. Hihi. Sampai kat airport Kuching tu sepupu aku yang mengajar kat Politeknik Kuching datang pick up. Dari airport dia terus bawak kitorang gi dinner kat Waterfront bersama-sama sahabat-sahabat semenanjung dia yang bekerja di Sarawak.

First day hari ahad kat Kuching sepupu aku bawak gi jalan kat Pasar Serikin. Penjual-penjual kat Pasar Serinkin nie kebanyakannya daripada Indonesia. Sebab pasar ni sempadan Malaysia - Indonesia. Kira-kira 1jam setengah drive dari bandar Kuching. Kami bertolak awal pagi dalam pukul 6.30 macam tu sebab cousin aku bagitahu kalau sampai sana lewat memang panas terik. Nak bershoping pon tak selesa katanya. Kami sampai sana dalam pukul 8 pagi alhamdulillah cuaca ok. Sekejap je jalan beli-beli before 10am kita orang dah balik dah. Aku sempat la sambar kain batik Sarawak untuk family dengan kudap-kudap bayam goreng. Tu je aku tak membeli banyak pon. Sebab aku excited nak jalan je. Hihi. (gambar kat Pasar Serikin ada 1 je. Tu pon kat facebook). Pasar Serikin nie bukak hari sabtu dan ahad je tau. So, kalau yang pergi Sarawak weekdays tu tak boleh la shopping kat sana.

Balik dari Pasar Serikin tu pergi lunch kat tepi laut. Lupa dah nama tempat tu ape. Hihi. After lunch we are heading tu Unimas sebab ada urusan sikit kat sana. So, boleh la aku kenal sekali Unimas. Sepupu aku pon baru first time sampai sebenarnya. Disebabkan masa tu minggu orentasi jalan dalam Unimas pon diorang buat one way secara tak sengaja kitorang pon terpaksa la pusing-pusing dalam tu sebelum keluar. Memang besar dalam tu. Jenuh gak student kena jalan jauh nak gi class dan sememangnya cantik penuh kehijauan. Sebelum sepupu aku hantar balik hotel kitorang makan dekat restoran mee kolok Hj Salleh restoran tersohor kat Sarawak. Semestinya aku order mee kolok ngan teh c minuman spesial kat Sarawak. Alah teh yang 3 layer tu...sedap!   

Second day kitorang sewa kereta sebab sepupu aku dah kerja. Hari Isnin kan. So, kitorang terokailah sarawak bertiga je menggunakan GPS. Sewa kereta viva RM90 sehari. Perkhidmatan kereta sewa macam biasa korang sewa kat tempat lain terus boleh drive dari airport dan bila last day nak balik dah just terus ke airport je tunggu owner kereta ambik kereta kat situ

Tempat 1st kitorang pergi ialah Semenggoh Wildlife Centre yang berada di daerah Siburan. Almost 2 hours jugak dari bandar Kuching. Tiket masuk RM5 seorang. Kat sini baru la aku stat snap gambar manyak-manyak. Hihi


Wajib lah bergambar depan pintu masuk. 
Lagi-lagi kalo ada penyambut tetamu yang comel cam member korang nie. Kikiki


Tengok kat maps ni macam banyak taman tapi kitorang tak jumpa pon. 
Drive je terus kat tempat Orang Utan tu

  Dekat Semenggoh nie susah tau nak dapat tengok orang utan. Sebab kat sini hanya ada orang utan liar yang tinggal dalam hutan je. Bukan yang mesra alam yang dah biasa dengan pengunjung tu. Diorang hanya keluar bila feeding time between 9.00-10.00am and 3.00-3.30pm tapi tak semestinya diorang akan keluar tau ikot mood diorang ikot nasib visitors jugak la. Hihi

Lepas parking selfie dulu. 
Disebabkan excited sangat selfie we all kena tegur dengar pekerja kat sana.
 I is malu la baru masuk wat kecoh pulak kat situ kan.
So, sapa yang pegi sana tu cakap kena bisik je. Takut nanti orang utan rasa terganggu then tak nak keluar dah.rugi jela masuk tak dapat tengok diorang.

Posing jap sambil-sambil tunggu feeding time. Hihi


Kat situ ada
disediakan pondok untuk kemudahan visitor lepak-lepak dulu sebelum tiba feeding time tu. Takde la penat duk berdiri je kan. Tandas, vending machine pon ada. Kak Elly cakap tandas okay. Vending machine lak aku yang cakap okay sebab air tin kuar betul ngan ape yang aku nak. Haha. Aku pantang sikit tengok mesin gedegang
nie, rasa nak masukan duit nak tekan je mesin tu. Dan-dan je rasa haus.Tu je, aku takde nak vandalism kan mesin tu eh. Hihi




Tada...yang ditunggu-tunggu dah pon keluar
Sebelum orang utan keluar kita akan nampak diorang dari jauh kat atas pokok. Nampak la pokok bergoyang-goyang petanda yang diorang dengar orang yang nak beri makan tu panggil dan dah on the way nak keluar. Masa tu memang teruja la semua. Tengok pokok gerak pon dah teruja lagi-lagi bila nampak orang utan tu bergayut dari pokok ke pokok. Melopong semua. Haha. Over sangat kot melopong. Orang utan kat sini kita tak boleh nak mesra-mesra bergambar dengan diorang tau. Pekerja kat sana dah pesan awal-awal jangan ambil gambar dekat sangat nanti diorang sambar handphone nangis tak berlagu la.takleh nak selfie dah kat tempat lain. Nanti tak pasal-pasal kat facebook korang tiba-tiba ad yang uploadkan gambar selfie orang utan lak. Haha

Ni kitorang selfie jauh-jauh je
Amboi...makan penuh gaya.tak sopan nih
 
Leklek je duk makan atas tali tu. Nie bagus.  
Kena tarbiah terus baik sopan je makan duduk


Yang nie jalan masuk dalam sikit. 
feeling-feeling jungle tracking gak la.Haha.  
Kot-kot ada orang utan yang keluar nak makan kat port sini. 
Tapi takde pon. So, posing sikit. Hikhik


Sebelum keluar of course la kena bergambar kat sini dulu


Okay la. Sampai sini dulu la untuk entry nie. Sambung kat entry seterusnya pulak. Aku kan jarang tulis-tulis kat sini. So, buat separate entry kan jadi banyak sikit post aku. Haha

P/s: Make sure korang breakfast dulu tau sebelum ke Siburan. Sebab sepanjang perjalanan ke sana memang takde kedai makan dah. Yang ada tepi-tepi jalan pon tak pasti halal ke idok. Bawak bekal untuk lunch sekali lagi bagus. Takde la kebuluran cam kami nie. Sebab banyak lagi tempat yang boleh dilawati area Siburan. Jauh-jauh pegi sana rugi kalau jalan satu tempat je. Sampai ke puncak gunung kitaorang naik tau. Petang jugak la kitorang balik Kuching. Nanti next entry I cerita-cerita ye

Bye!!

No comments:

Post a Comment